Wednesday, September 5, 2018

Endometriosis

Endometriosis

Endometriosis adalah penyakit dimana lapisan tisu yang biasanya berada di dalam lapisan dalam rahim berkembang tanpa terkawal. Ianya biasa berlaku dibahagian ovari, tiup falopian dan juga pelvik. Tisu ini biasanya akan gugur semasanya berlaku pendarahan haid. Namun tisu yang tidak gigur akan terkumpul dan berlakunya endometriosis. Lama kelamaan, tisu yang tinggal ini akan menyebabkan kelukaan pada tisu-tisu organ lain.

Simtom-simtom penyakit endometriosis   ;'

1. Pendarahan haid menyakitkan
2. Sakit semasa melakukan seks
3. Sakit semasa membuang air besar dan air kecil
4. Pendarahan haid yang melampau.
5. Kemandulan,

Punca-punca penyakit endometriosis

1. Retrograde menstruation - pendarahan haid yang berlaku mengalir secara bertentangan arah. Darah haid yang sepatutnya mengalir keluar, mengalir kembali ke dalam bahagian pelvik dan tiup falopian yang menyebabkan sel-sel endometrial semakin menebal dan berlakunya pendarahan terlampau semasa haid.

2. Perubahan sel peritoneal - Perubahan hormon yang tidak normal menyebabkan sel-sel peritoneal berubah menjadi sel-sel endometrial.

3. Perubahan sel embryonik - Hormon estrogen di dalam tubuh badan merubah sel-sel embryonic .

4. Kesan daripada pembedahan - Kesan daripada pembedahan semasa melahirkan menyebabkan sel-sel endometrial melekat pada kawasan jahitan.

5. Pergerakan sel endometrial - Salur darah atau salur limpa menyebabkan sel-sel endometrial bergerak ke bahagian lain.

6. Gangguan sistem imun - Gangguan sistem imun menyebabkan tubuh badan tidak dapat mengenalpasti sel-sel endometrial yang berkembang di dalam uterus.

No comments:

Post a Comment

Herbs To Induce Menstrual naturally

Inducing Menstrual Cycle Naturally 1.        Parsley -           Contain apiol (parsley camphor)   and myristicio, two natural subst...