Tuesday, September 4, 2018

FIBROID

Fibroid di dalam sistem peranakan wanita adalah sejenis ketumbuhan yang terdiri daripada sel-sel otot licin dan berfiber yang berkembang di dalam uterus. Sebanyak 90% daripada rekod pesakit fibroid adalah ketumbuhan benign iaitu sejenis ketumbuhan bukan kanser. Secara amnya, fibroid berpunca ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam tubuh wanita tersebut.

Simtom-simtom fibroid :

1. Haid yang berpanjangan
2. Pendarahan haid yang tidak normal.
3. Kesakitan disekitar bahagian pelvik.
4. Kerap membuang air kecil.
5. Sakit dibahagian pinggang ke bawah.
6. Sakit semasa melakukan seks.
7. Rasa ketulan disekitar bahagian rahim.

Jenis-jenis fibroid :

1. Intramural fibroid  : Sejenis fibroid yang melekat di dinding rahim.
2. Subserosal fibroid  : Fibroid yang melekat di atas dinding rahim dan berkembang di dalam bahagian luar uterin. Ia boleh membesar untuk membentuk pedunculated fibroid.
3. Submucosal fibroid  : Fibroid jenis ini boleh menolak sel-sel fibroid ke dalam kaviti rahim. Ia kerap dijumpai di dalam lapisan rahim wanita.
4. Cervical fibroid  : Fibroid jenis ini tumbuh diantara rahim dan serviks wanita.

Secara asasnya, fibroid berpunca daripada stimulasi hormon estrogen di dalam tubuh badan seperti obesiti dan proses ovulasi yang gagal. Ia juga berkaitan dengan endometrial hyperplasia. Pada peringkat molekul, fibroid berpunca daripada mutasi sematikdi dalam sel myometrial yang menggangu proses pembesaran.






No comments:

Post a Comment

Herbs To Induce Menstrual naturally

Inducing Menstrual Cycle Naturally 1.        Parsley -           Contain apiol (parsley camphor)   and myristicio, two natural subst...