Penyakit cyst ovari berlaku apabila terdapat kantung-kantung kecil berisi bendalir berada di dalam ovari seorang wanita. Selalunya, wanita tersebut tidak berasa sakit dengan dengan kehadiran penyakit ini. Wanita tersebut juga tidak menyedari beliau menghidapi penyakit ovarian cyst. Sesetengah wanita akan sembuh daripada penyakit ini secara semulajadi dengan menggunakan beberapa pendekatan. Namun terdapat juga sesetengah kes dimana ovarian cyst telah berubah menjadi oenyakit kanser.
Simtom-simtom
1. Angin di dalam perut atau perut sebu.
2. Sakit dibahagian punggung.
3. Kesakitan disekitar kawasan pelvik.
4. Sakit semasa melakukan seks.
5. Bengkak payudara
Jenis-jenis cyst
1. Cyst folikel
Secara amnya, telur wanita akan membesar dan juga bertambah matang di dalam folikel yang berada di dalam sistem ovari. Semasa proses penetasan, folikel ini akan pecah dan melepaskan benih wanita iaitu ovum. namun sekiranya folikel tersebut gagal untuk menetas, bendalir di dalam folikel tersebut akan membentuk cyst.
2. Corpus luteum cyst
Apa yang berlaku amnya, selepas proses penetasan ovum, kantung folikel akan mengecut secara semulajadi. Walaubagaimanapun, folikel yang gagal mengecut dan bukaan penetasan tertutup sepenuhnya, menyebabkan pengumpulan bendalir dan akan membentuk corpus luteum cyst.
3. Dermoid cyst
kantung yang membesar di dalam ovari yang mengandungi rambut, lemak dan sel-sel tisu.
4. Cystadenomas
Ketumbuhan bukan kanser yang membesar dibahagian luar ovari.
5. Endometriomas
Tisu endometrial yang berkembang disekitar ovari dan membentuk cyst.
No comments:
Post a Comment