Tuesday, September 18, 2018

Ketidakseimbangan Hormon

Hormone Imbalance

Ketidakseimbangan hormon berlaku pabila sistem endoktrin tubuh tidak berfungsi secara normal. Sistem ini secara secara semulajadinya mengeluarkan dan menyimpan hormon ke dalam tubuh manusia. Hormon adalah sejenis biokimia yang akan menghantar isyarat ke seluruh tubuh badan mengawal setiap proses yang berlaku contohnya proses metabolisme dan proses pembiakan manusia. Apabila berlaku  ketiakseimbangan hormon, sesetengah proses semulajadi akan terjejas.

Antara simtom-simtom pesakit adalah :

1. Kenaikan berat badan
2. Keletihan
3. Terlalu sensitif pada perubahan suhu sekeliling.
4.  Sembelit
5. Kulit kering
6. Muka sembab
7.  Hilang berat badan secara tiba-tiba
8. Denyutan jantung terlalu perlahan atau terlalu laju.
9. Kekuatan otot badan yang lemah
10. Sakit-sakit sendi
11. Keguguran rambut
12. Cepat lapar
13. Depresi
14. Lemah tenaga batin
15. Benjolan lemak di belakang tengkuk
16. Parut kemerahan di peha

Antara punca-punca ketidakseimbangan hormon

1. Pesakit kencing manis
2. Rembesan hormon di tiroid tidak normal.
3. Ketumbuhan
4. Cara pemakanan yang salah
5. Stress
6. Kekurangan hormon adrenalin
7. Trauma
8. Pengubatan pesakit kanser.

Terdapat dua cara untuk merawat penyakit ini. Antaranya

1. Secara perubatan

    Kebiasannya para pengamal perubatan akan mencadangkan hormon terapi untuk mengubati penyakit ketidakseimbangan hormon ini. Antara hormon-hormon sintetik yang digunakan adalah estrogen, testosteron, antiendrogen dan lain-lain.

2. Secara semulajadi.

Pesakit yang mendapat konsultansi untuk merawat penyakit ini akan dinasihatkan untuk menurunkan berat badan bagi sesiapa yang mengalami obesiti. Cara hidup juga perlu diubah untuk merawat penyakit ini. Diantaranya adalah mengamalkan cara hidup yang sihat seperti mengamalkan senaman ringan dan juga sistem pemakanan yang sihat. Disamping itu, para pengamal yoga berpendapat bahawa terdapat beberapa gerakan yoga dapat mengubati penyakit ketidakseimbangan hormon ini. Dimana bebeerapa gerakan dapat melancarkan sistem aliran darah untuk mengembalikan sistem hormon diadalam tubuh badan manusia.

No comments:

Post a Comment

Herbs To Induce Menstrual naturally

Inducing Menstrual Cycle Naturally 1.        Parsley -           Contain apiol (parsley camphor)   and myristicio, two natural subst...